Kelas Menaip, E-Learning & Kempen KDB (Kumpulan 2)
5 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Menaip, E-Learning & Kempen KDB untuk Kumpulan 2 ini telah diadakan pada hari Ahad, 4 Mac 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan dengan papan kekunci dimana mereka mempelajari kumpulan-kumpulan kekunci yang terdapat pada papan kekunci berdasarkan fungsinya. Selain itu, mereka turut diajar asas MS Word sebelum mempelajari cara menaip dalam MS Word. Selepas mempelajari cara menaip dalam MS Word, mereka diberi tugasan kendiri secara individu bagi membiasakan mereka dengan penggunaan papan kekunci disamping dapat meningkatkan kemahiran menaip para peserta.
Disamping itu, mereka juga dididik tentang panduan keselamatan melayari internet dengan selamat, waspada dan bertanggungjawab melalui taklimat dan tayangan video KDB yang diadakan. Akhir sekali, soalan kuiz berkaitan topik-topik yang diajar turut diadakan secara atas talian melalui laman web www.kahoot.com bagi menguji pemahaman para peserta serta menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: